Wednesday, August 11, 2021

SALAM PERKENALAN FOR chocuyu (KISU)

at August 11, 2021 0 comments


Susu kegemaran Ayda Jebat 

Chocolate dah melekat2 di dinding mulut,
Manis madu dah berpaut2 pada lidah,
TekaK rasa sejuk-sejuk ais coklat meleleh ke perut,
MashaAllah milkynyerrr..





Susu coklat bersama badam dan madu ni buat kita kenyang dengan sekali sedut je.Sebab ada badam yang boleh buat kita kenyang satu hari dan boleh DIET!!!

Nak tau lagi kelebihan chocuyu ni?

  Kaya dengan kalsium, protein dan tenaga untuk semua

  Sedap bila sejuk . Lagi sedap minum dengan tersayang

  Anak-anak 2tahun ke atas boleh minum

  Ibu mengandung dan ibu menyusu pun boleh

  Bahan import harga local tau

  Tahan lama dalam suhu bilik je




 


NAK KISU CARI POKCIK YE :-


 


Kenapa Allah Menguji Kita?

at August 11, 2021 0 comments

 

Setiap daripada kita pasti akan diuji dengan ujian yang berbeza-beza. Apa yang saya hadapi, mungkin kamu tak pernah dan tak akan hadapi. Dan apa yang kamu hadapi, mungkin saya tak pernah dan tak akan hadapi.

            Kenapa pula?

            Sebab Allah dah beritahu bahawa kita semua PASTI akan diuji berdasarkan apa yang kita mampu. Allah dah sebutkan di dalam Al Quran,

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah al Baqarah 2:286)

            Allah dah beritahu bahawa kita semua diuji berdasarkan APA yang kita mampu. Ya, dalam hidup ini, Allah akan berikan setiap ujian berdasarkan kapasiti kemampuan kita. Ujian demi ujian yang kita terpaksa lalui, sebenarnya PASTI dan PASTI kita kuat dan mampu sangat untuk hadapi. Percayalah, you never know how strong you are, until being strong is the ONLY choice you have.

            “Tetapi Shuk, aku memang tak mampu. Dan, ada masa aku rasa macam nak bunuh diri. Serius, aku tak mampu..”

            Tarik nafas sedalam yang mungkin. Saya nak beritahu kamu satu rahsia. Nak tahu apa dia? Ketahuilah, apa yang kita fikir, adalah apa yang kita doa kepada Allah. Maknanya, kalau kamu fikir tak mampu, selamanya kamu tak akan mampu dan tak akan boleh hadapiTetapi kalau kamu fikir mampu, selamanya kamu akan mampu dan boleh hadapi. Kenapa saya cakap macam ini? Sebab Allah pernah menyebut dalam satu hadis Qudsi,

“Aku adalah apa yang hamba-Ku sangkakan..”
(Muttafaqun ‘alaih)

            Allah adalah seperti apa yang kita sangkakan. Maksudnya, apa yang kita sangkakan itu secara tak langsung akan menjadi DOA kepada Allah. Kalau kita sangka tidak mampu, seolah kita sedang berdoa kepada Allah supaya bagi kita untuk tidak mampu, dan paling kritikal adalah, jika Allah tunaikan ‘permintaan’ kita. Lalu selamanya kita tak akan mampu. Naudzubillah !

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa."
(Surah Al Hujuraat 49:12).

            Sebab itu, penting untuk kita bersangka baik kepada Allah dan diri sendiri. Kita semua mampu hadapi setiap ujian yang Allah berikan, cuma tinggal lagi pada diri kita untuk uruskan mindset macam mana saja. Betul, memang easier said than done. Cakap memang mudah, nak buatnya susah. Tetapi, apa salahnya kalau kita mencuba bersangka baik pada Allah. Kan?

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!






Tuesday, November 17, 2020

KOPI SECEKOK BUKAN SEKADAR KOPI

at November 17, 2020 0 comments




 KOPI SECEKOK BUKAN SEKADAR KOPI

Walaupun pelbagai produk yang berkaitan dengan kopi seperti kopi jantan,kopi tongkat Ali atau lain-lain lagi kebanyakkan nya hanya untuk memberi tenaga.Kopi Secekok bukan hanya untuk memberi tenaga malah ia mempunyai 10 bahan utama untuk menjadikkan kopi secekok ini bukan hanya sekadar kopi.


Kopi yang baru keluar di pasaran ini telah menjadi buruan wanita-wanita kerana ia juga memberi 10 sebab iaitu

  • Menyekat selera makan berlebihan
  • Kekal Bertenaga sepanjang hari
  • Membuang toksin dalam badan
  • Kikis lemak berlebihan
  • Menjadikan kulit yang sihat dan lembab
  • Melawaskan pembuangan air besar dan menghalang sembelit
  • Mencantikan kulit dan awek muda
  • Menurunkan berat badan
  • membantu menstabilkan hormon dan meningkatkan kesuburan
  • Mengatasi masalah senggugut keputihan dan haid tidak teratur


kerana ia telah terbukti apabila semua testimoni yang dilakukan dan feedback daripada pengguna semua nya positif dan berkesan. Jadi tidak hairan la menjadi buruan wanita,serta ia pun sesuai untuk orang lelakii.

Dengan hanya minum 2 kali sehari iaitu setengah jam sebelum makan pagi dan makan malam ,anda boleh tengok hasilnya setiap bulan dan selepas 3 bulan anda akan dapat berat badan yang ideal dengan BMI anda,.





Layan Dulu adik Alisha

at November 17, 2020 0 comments


 

MONA MERAJUK GARA - GARA BANTAL HiLTON

at November 17, 2020 0 comments


 Aduh...gara-gara bantal Hilton tak pasal pasal mona merajuk dgn en suaminya...En suami pun boleh bantal Hilton terus rejeck mona...hahahah

Monday, October 26, 2020

Kopi Tamar Viral Tok Ma

at October 26, 2020 0 comments

Kopi Tamar Viral Tok Ma

Kopi sering dikaitkan sebagai minuman yang dapat memberi kesegaran kepada tubuh badan dan keselesaan pada bahagian perut. Pada peringkat awal, bangsa Arab memonopoli perdagangan biji kopi melalui pelabuhan Mocha iaitu sebuah kota yang terletak di Yaman. Perkembangan perdagangan biji kopi semakin pesat di pelabuhan Mocha hingga membawa ke Eropah. Pada waktu itu Mocha satu-satunya gerbang yang menjadi laluan perdagangan biji kopi sehinggakan orang Eropah memanggil kopi sebagai Mocha. Rakyat Malaysia telah lama menjadikan kopi sebagai minuman kegemaran dan kini tampil sebuah produk Viral Tok Ma dengan penghasilan Kopi Tamar Viral Tok Ma.


Kopi Tamar Viral Tok Ma adalah kopi pracampuran dengan kurma dan mempunyai perisa coffee latte keluaran 100% Produk Bumiputera Muslim. Catatan sejarah menunjukkan penanaman kopi di Eropah pula mula dikembangkan pada awal abad ke-17, walaupun pada peringkat mulanya iklim di Eropah tidak sesuai untuk penanaman biji kopi, namun penanamannya berjaya di kebanyakan kawasan jajahannya di segenap penjuru dunia menjadikan orang Eropah mampu menggongcang dominasi bangsa Arab dalam perdagangan biji kopi. Kopi Tamar Viral Tok Ma turut dikatakan sebagai membantu mencerahkan wajah, mencatikkan kulit, melangsingkan tubuh dan melembabkan kulit.


Perkataan coffee masuk ke dalam bahasa-bahasa Eropah sekitar tahun 1600-an dan dikatakan perkataan tersebut diadaptasi daripada bahasa Arab ‘qahwa’. Seterusnya ada juga yang mengatakan istilah ‘qahwah’ telah diadaptasi kepada bahasa Turki sebagai‘kahveh’, bahasa Belanda ‘koffie’, bahasa Perancis ‘cafe’, bahasa Itali ‘caffe’, bahasa Inggeris ‘coffee’, bahasa Cina ‘kia-fey’, bahasa Jepun ‘kehi’ dan bahasa Melayu ‘kawa’. Secara fakta, hampir semua istilah untuk kopi dalam pelbagai bahasa mempunyai persamaan bunyi dengan istilah Arab. Kopi Tamar Viral Tok Ma mengandungi 15 sachet dengan setiap satu sachet sebanyak 20 gram.

❗❗KEROPOK KEPING VIRAL TOKMA❗❗

at October 26, 2020 0 comments

Kami adalah Agent untuk keropok Viral Tok Ma...Keropok yang sangat viral masa kini..

Tok Gatal Lidoh Tok Geli Tekok !!

Keropok Viral Tok Ma adalah keropok keping paling rangup dan sedap, kini dilengkapkan lagi dengan pencicah kegemaran Mama Ekin Azhari iaitu Sos Cili Thai atau Sos Viral Tok Ma yang bukan sekadar pencicah tetapi ianya Ibu Pencicah Sos yang boleh dicampur dengan air suam. Keropok Viral Tok Ma mempunyai permukaan tekstur yang sangat lembut dan nipis. Keropok Viral Tok Ma melalui ‘tagline’ tersendiri – “Tok Gatal Lidoh Tok Geli Tekok” berjaya mengangkat nilai makanan tradisi yang berasal dari Pantai Timur (khususnya Terengganu) Semenanjung Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi sebaris bersama produk trending yang lain di pasaran Malaysia. Keropok Viral Tok Ma dihasilkan daripada Ikan Parang Segar Terpilih Dari Lautan China Selatan dan sesuai dihidangkan pada bila-bila masa untuk dimakan sebagai snack atau dinikmati bersama juadah lain. Keropok Viral Tok Ma bersama pasangannya Sos Viral Tok Ma sentiasa dipamerkan di WARUNG EKINAZHARI di Kampung Bayam, Jalan Dato’ Lundang, Kota Bharu sebagai Mini Stokis Keropok Viral Tok Ma Kota Bharu.

Kesegaran bahan yang digunakan untuk menghasilkan Keropok Viral Tok Ma sangat diberi keutamaan dalam memastikan kualiti Keropok Keping bermutu dan memuaskan pengguna. Keropok Viral Tok Ma Kekalkan Bahan Segar sebagaimana proses pengambilan ikan parang yang terpilih sahaja digunakan. Bahan yang segar akan kelihatan berbeza berbanding sebaliknya seperti menggunakan ikan parang segar hasilnya tidak membuatkan lidah menjadi gatal. Mama @ekinazhari sentiasa meyakinkan pelanggannya di WARUNG EKINAZHARI bahawa Keropok Viral Tok Ma adalah dihasilkan daripada bahan yang segar dan turut menyediakan taster untuk dicuba. Mengendalikan WARUNG EKINAZHARI sebagai Mini Stokis Keropok Viral Tok Ma tenyata memudahkan pengunjung untuk mengenali lebih dekat keropok rangup dengan keenakan luar biasa ini.

🐟 *KEROPOK NIPIS DAN RASA IKAN SEGAR * 🐟.

☑Menggunakan ikan parang dan ikan segar terpilih dari lautan china selatan..

☑100% Produk Keluaran BUMIPUTERA MUSLIM.                                                   

☑Keropok paling nipis dan menggunakan resipi khas mewah ikan                                                            ☑paling viral di pasaran,sebagai jajan harian,gift kenduri dll                              

☑ sebungkus 200g (lbih kurang 170keping) hanya berharga RM8.00 sahaja

Keropok tokma ni bila goreng masuk je dalam minyak panas ♨ cepat je kembang semangkuk.. 

Nak makan pula, masuk je mulut ya ampunn, gebu cair dalam mulut, sedap tak terkata dengan rasa lemak ikan parang yang pior n ikan2 segar terpilih tuhh😋😋Sedap dimakan dengan nasi goreng...







Model Baru Pressure Cooker Noxxa yang Viral

at October 26, 2020 0 comments

Assalamualaikum.. 

Hai korang.. ada pengguna/peminat periuk noxxa di sini?? Korang tahu tak sekarang ni periuk Noxxa dah keluarkan model yang baru?? Kalau periuk Noxxa yang sebelum ni pun dah best, periuk model baru ni lagi la best. Banyak kelebihan periuk noxxa model terkini berbanding yang lama tu tau dari segi fungsi, design, dan macam-macam lagi. 






CIRI-CIRI PRESSURE COOKER NOXXA MODEL BARU

Pressure cooker Noxxa yang viral ni dah terkenal dengan memasak masakan dengan mudah dan cepat dengan menggunakan fungsi high pressure, low pressure dan steam.  Fungsi ini turut dikekalkan dalam model baru periuk noxxa. Namun begitu, untuk model baru ini terdapat beberapa fungsi tambahan yang baru. Selain dari fungsi, design model baru juga lebih moden dan canggih. Jom kita tengok ciri-ciri periuk noxxa yang terkini..



10 Fungsi Memasak
Terdapat 10 pilihan fungsi untuk memasak seperti Soup/broth, Meat, Cake, Low Pressure, Stir Fry, Rice, Multi Grain, Porridge, Steam, Slow Cooker. Model lama hanya ada fungsi High Pressure, Low Pressure, Steam dan Stir Fry.





LED Indicator lights with 2 window
Melihat tekanan memasak dalaman dengan LED screen untuk pressure cooking

Auto cooking
Mula memasak secara automatic 4 saat selepas memilih fungsi masakan. Tidak perlu tekan button banyak kali untuk set masa. Setiap function dah ada setting masa sendiri.

Smart Timer memory
Menyimpan dan mengingati masa dan/atau suhu ditetapkan

Temperature Selection
Mengawal suhu memasak untuk fungsi stir fry dan slow cook

Delay timer up to 24 hours
Untuk delay cooker boleh dilambatkan sehingga 24 jam.

Keep warm up to 12 hours
Memastikan makanan kekal hangat sehingga 12 jam

8L inner pot
Didatangkan dengan periuk dalaman tidak melekat berkapasiti 8L boleh ditanggalkan yang dilapisi dengan salutan DUPONT Teflon Platinum bergred makanan yang digunakan di peringkat antarabangsa untuk semua peralatan memasak tidak melekat yang berkualiti tinggi

 
Nak lebih paham boleh tengok video di atas ni ye..

PERBEZAAN MODEL BARU DAN LAMA

Ramai yang tanya apa perbezaan periuk noxxa yang lama dengan yang baru tu.. Kalau sekali tengok memang akan nampak la design noxxa baru ni lebih moden dan cantik kan.. Dan pastinya ada beberapa improvement dari model yang sebelum ni..




 
Nampak tak banyak kelebihan dan pembaharuan pada periuk noxxa yang baru ni.. So yang mana dah lama teringin nak beli periuk noxxa ni, boleh beli sekarang. harga pun beza RM10 je tau dari yang lama tu.. berbaloi-baloi..

Ada yang dah setahun beli tak guna-guna sebab takut meletup la.. Iskkk. jangan la macam tu, rugi dah beli tapi simpan jer.. mula-mula memang la semua tak tahu, rasa macam leceh la.. benda baru kan.. tapi bila selalu dah guna, rasa cepat dan senang sangat.. sampai balik kampung pun sanggup angkut periuk ni.. haha

BELIAN SECARA CASH / KUTU PERIUK NOXXA

Periuk noxxa ni boleh dibeli secara cash, ansuran dan juga join kutu. Cash semua orang tahu, kita bayar, order dan terus dapat barang. Tapi apa pulak beza ansuran dan kutu?? Ok, meh nak explain.




Cash
Bayaran penuh. bayar, order dan terus dapat barang.

Ansuran 
Ada bulan-bulan tertentu akan ada promosi bayaran secara ansuran selama 5 bulan. bayaran pada bulan pertama terus dapat periuk. Then, tiap-tiap bulan bayar macam biasa.

Kutu 
Bayaran untuk KUTU biasanya ambil masa 6 bulan atau 10 bulan. Giliran dapat periuk pulak ditentukan secara 1st come 1st serve. siapa masuk nama awal dapat la turn yang awal.. Gitu..

Apa-apa pun, semuanya bergantung kepada bajet korang, ada bajet lebih, beli la secara cash boleh terus dapat periuk. Kalau kurang bajet beli la secara kutu/ansuran bila ada promosi.. 




Customer yang membeli periuk noxxa dengan kami akan kami tunjuk cara guna, bagi tips dan boleh rujuk kami semula jika ada masalah.. kami akan bantu korang.. 

Untuk mengetahui lebih detail mengenai periuk noxxa ini, sila hubungi :

Whatsapp :

http://www.wasap.my/0178808243

RESEPI PERIUK NOXXA

at October 26, 2020 0 comments

Mahu resepi periuk noxxa? Punyai periuk noxxa di rumah tapi tidak dipakai? Mungkin ada sebahagian orang yang mempunyai kes sama. Dikeranakan tidak tahu ingin masak apa dengan periuk noxxa, pada akhirnya periuk menjadi hiasan dapur saja.

Supaya periuk anda tidak hanya jadi hiasan dapur, baiknya anda intip resepi di bawah ini dan buat hidangan menggunakan periuk noxxa. Ada 25 resepi makanan periuk noxxa yang ingin kami hadirkan untuk anda.

Memasak dengan periuk noxxa sangat mudah. Malah ianya menjimat masa dan cara memasak tidak pula leceh. Tinggal tekan, tunggu dan siap! Sambil itu boleh buat kerja yang lain pula.

Resepi makanan periuk noxxa di bawah ini ialah antara masakan kesukaan ramai di Facebook. Rugi jika anda tidak mencuba resepi periuk noxxa ini. Selamat mencuba.

1. Resepi Kek Sarang Semut Noxxa

kek sarang semut

Imej via Facebook

Dengan periuk noxxa hanya steam selama 20 minit untuk membuat kek sarang semut. Berbanding dengan menggunakan oven boleh ambil masa hingga 1 jam. Boleh untuk buat bekal adik, anak mahupun suami untuk bawa ke sekolah atau tempat kerja. Resepi daripada Zarida CN di laman Facebook.

Bahan Untuk Karamel :

  • 1 cawan gula kasar,
  • 1 cawan air panas,
  • 5 sudu marjarin.

Cara Membuat Karamel :

  1. Hanguskan gula sehingga keperang-perangan menggunakan api kecil.
  2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit (hati-hati takut merecit).
  3. Kemudian larutkan gula sehingga cair.
  4. Akhir sekali, masukkan marjarin. Ketepikan.

Bahan-bahan Utama :

  • 1 cawan tepung gandum,
  • 2 sudu teh soda bikarbonat,
  • 4 biji telur,
  • 1 sudu teh esen vanilla,
  • ½ cawan susu pekat,

Cara-cara :

  1. Mula-mula ayak tepung dan soda bikarbonat dan ketepikan.
  2. Pukul telur hingga kembang selama 2-3 minit guna mixer atau guna blender.
  3. Kemudian masukkan susu pekat dan aising vanilla, masukkan gandum dan soda yang diayak.
  4. Seterusnya masukkan karamel.
  5. Blend sekejap saja atau guna mixer yang low speed sekejap atau kacau pakai senduk kayu (boleh guna blender saja).
  6. Masukkan dalam bekas (sapu marjarin dan gandum dulu) untuk dibakar.
  7. Perap selama 1-2 jam (1 jam sudah ada sarang).
  8. Bakar dalam oven biasa suhu 160°C selama 1 jam atau periuk noxxa dan steam selama 20 minit.

Tips :

  • Untuk dapatkan sarang yang cantik ialah bila masukkan gandum, soda dan karamel dicampur atau blend sekejap saja.
  • Untuk dapatkan kek yang berlubang-lubang caranya dengan memotong kek di tengah, kemudian tengok arah garisan kek dan potong kek melintangi garisan itu (ala-ala potong daging kena lawan arah garisan).

2. Resepi Sardin Homemade

sardin homemade

Imej via Facebook

Sardin homemade menggunakan periuk noxxa cara Ida Kamarudin‎ yang dikongsikan di laman Facebook. Dijamin halal, bersih, sedap, tiada bahan pengawet dan yang paling penting dijamin tidak terkontaminasi dengan cacing. Resepi menggunakan ikan selayang. Hidangkan sardin dengan perah asam limau, potong cili dan bawang.

Bahan-bahan :

  • 5 biji bawang besar,
  • 7-10 ulas bawang putih,
  • Tomato puri,
  • Sos tomato,
  • Sos cili,
  • 1-2 sudu tepung jagung,
  • Garam dan gula.

Cara-cara :

  1. Mula-mula tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris.
  2. Kemudian masukkan tomato puri, sos tomato, sos cili anggaran secawan setiap 1 jenis sos (atau ikut suka letak banyak mana janji sesuai dengan selera).
  3. Letak sedikit garam dan gula, tepung jagung yang telah dibancuh untuk pekatkan kuah.
  4. Kemudian masukkan ikan.
  5. Tambah air sedikit sampai paras ikan.
  6. Akhir sekali HP dan set masa selama 2 jam (120 minit).

3. Resepi Nasi Arab Style Noxxa

nasi arab noxxa

Imej via Facebook

Guna periuk noxxa untuk masak nasi arab macam mudah bukan? Seperti resepi nasi arab masak periuk noxxa yang dikongsikan oleh Suzanah Zakaria di laman Facebook. Kemudahan menggunakan periuk noxxa ialah, ianya boleh memudahkan anda memasak bahkan masakan yang rumit macam nasi arab sekalipun. Bahkan hasilnya pun sangat memuaskan.

Bahan-bahan :

  • 4 cawan beras basmathi,
  • 5 cawan air,
  • Ayam – ikut suka banyak mana,
  • 3 ulas bawang bawang putih – dihiris,
  • 1 biji bawang besar – dihiris,
  • 1 inci halia – dihiris,
  • Rempah 4 sekawan,
  • 4 sb butter atau marjarin atau minyak sapi,
  • Garam,
  • Gula,
  • 2 biji cili merah – belah tengah,
  • 2 biji cili hijau – belah tengah,
  • Daun ketumbar – patah-patahkan.
  • Tomato – optional.
  • Rempah nasi arab.

Cara-cara :

  1. Set SF (Stir Fry) pada noxxa.
  2. Mula-mula masukkan minyak sapi, tumis rempah 4 sekawan, bawang putih, bawang besar dan halia.
  3. Kemudian masukan rempah nasi arab.
  4. Lalu masukkan ayam dan air sedikit.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Biarkan mendidih dulu baru masukkan beras dan air.
  7. Kacau sebati.
  8. Lalu masukkan cili merah, cili hijau dan daun ketumbar.
  9. Kemudian OFF SF dan ON HP selama 6 minit.
  10. Siap.

4. Resepi Nasi Khaumok

nasi khaumok

Imej via Facebook

Selama masa raya, boleh sampai 3 kali memasak nasi khaumok untuk tetamu. Nasib baik ada periuk noxxa. Hanya dengan 8 minit High Pressure siap sudah nasi untuk dihidangkan pada tetamu. Resepi daripada Amalina Izzah Roslan di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Minyak sapi untuk menumis.
  • Beras basmathi 1 kg,
  • Sebiji bawang besar,
  • 5 ulas bawang putih dan halia,
  • Ayam 22 ketul campur isi dan tulang,
  • Rempah khaumok 3 sudu besar,
  • Cili padi ditumbuk bersama akar ketumbar,
  • Susu cair setengah mug + perahan asam limau. Tidak kisah berapa banyak, perah dalam susu cair sampai susu cair tersebut jadi pekat.
  • Daun ketumbar.

Cara-cara :

  1. Panaskan dua sudu besar minyak sapi.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang sudah dipotong.
  3. Bila bawang besar sudah wangi, masukkan cili api yang sudah ditumbuk bersama akar ketumbar.
  4. Masukkan daun ketumbar.
  5. Masukkan rempah khaumok.
  6. Masukkan susu cair bersama perahan asam limau.
  7. Bila sudah mendidih, masukkan air yang sudah dicampur pewarna kuning telur.
  8. Masukkan ayam dan garam.
  9. Masukkan beras dan tutup periuk dan tekan HP 8.
  10. Siap untuk dihidang bersama sup ayam dan kuah sos homemade.
  11. Makan dengan sup.
  12. Supaya senang masak sup selalunya high pressure kan kaki, leher, kulit dengan tulang-tulang ayam dengan halia, lengkuas dan serai.

5. Resepi Apam nasi

apam nasi

Imej via Facebook

Mudah dan simple masak apam nasi dengan noxxa. Merujuk resepi daripada MasitahLubis NinaLabuchi di laman Facebook. Boleh membuat apam nasi yang sedap bahkan pada percubaan pertama.

Bahan-bahan :

  • Secawan nasi,
  • Secawan tepung beras,
  • Secawan tepung gandum,
  • Secawan gula,
  • Secawan air,
  • 1 bungkus yis isi 11 gram,

Cara-cara :

  1. Blender semua bahan diatas.
  2. Simpan dalam bekas bertutup biarkan 1 jam.
  3. Bila adunan naik dan berbuih bermakna yis aktif dan bagus.
  4. Kacau balik bagi rata.
  5. Masukkan dalam acuan yang sudah disapu minyak dan kukus selama 25minit saja guna steamer noxxa.
  6. Kalau kukus pakai pengukus biasa 30 minit.
  7. Hasilnya lembut dan gebu juga.

6. Resepi Nasi Daging

nasi daging

Imej via Facebook

Memasak nasi daging senang saja menggunakan periuk noxxa HP selama 18 minit. Kalau biasanya menggunakan periuk biasa dan leceh namun dengan periuk noxxa segalanya jadi mudah. Resepi daripada Rumaiah Asan di Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 kg daging,
  • Halia dihiris,
  • 4 sudu minyak sapi,
  • 3 bunga lawang,
  • 1 batang kayu manis gemuk,
  • 4-5 biji buah pelage,
  • 1 bawang besar hiris,
  • 1 inci halia – cincang,
  • 4 garlic – cincang,
  • 4 sudu makan rempah kurma,
  • 3-4 helai daun pandan,
  • 4 cawan basmathi (mogul),
  • 1 cawan susu cair,
  • 1 tomato besar potong dadu,
  • Perasa garam,

Cara-cara :

  1. 1 kg daging dihiris nipis dan hirisan halia direbus dengan noxxa HP 18 min.
  2. Tumis minyak sapi sampai jadi cecair, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga.
  3. Terus masukkan dan tumis bawang besar, halia, garlic dan rempah kurma.
  4. Masukkan 3-4 helai daun pandan.
  5. Bila wangi, masukkan basmathi (mogul) yang sudah direndam selama ½ jam. Toskan.
  6. Kacau semua bahan kemudian masukkan dalam noxxa dengan nisbah 1:1.5 liquid masak nasi dan 5 cawan air rebusan daging.
  7. Masukkan lagi 1 cawan susu cair.
  8. Terus masukkan 1 tomato besar potong dadu.
  9. Jangan lupa masukkan daging rebus tadi dan garam untuk nasi.
  10. Kemudian high pressure selama 8 minit.

Bahan Air Asam Nasi Daging :

  • 1 labu bawang besar hiris,
  • 1 biji tomato besar dadu,
  • Cili besar 3 biji,
  • Cili api 4 biji,
  • Kerisik 1 sudu makan,
  • Limau kasturi potong ikut suka nipis-nipis.
  • Gaul semua.
  • Letak garam dan gula ikut rasa.

7. Resepi Kek Coklat Kukus Noxxa

kek coklat kukus

Imej via Facebook

Mencari resepi kek noxxa yang mudah dan sedap? Nur Farah Syamimi membagikan resepi kek coklat kukus sukatan cawan di laman Facebook. Gerenti mudah dan lazat. Selamat mencuba.

Bahan Blend :

  • 1 cawan susu pekat,
  • 1 cawan minyak,
  • 2 biji telur,
  • 1cawan air panas,
  • 1 cawan gula,
  • Sedikit esen vanilla,

Bahan Ayak :

  • 1 sk soda bikarbonat,
  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1 cawan serbuk koko.

Cara-cara :

  1. Gaul sebati bahan ayak dengan bahan blend.
  2. Kukus mengguakan steamer noxxa selama 30-40minit.
  3. Untuk tahu kek masak atau tidak, boleh cucuk di tengah-tengah kek, kalau tidak melekat maknanya sudah masak.

Bahan Topping Coklat :

  • Setengah cawan susu cair ,
  • 1/3 cawan susu pekat (kalau mahu manis boleh tambah lagi).
  • 3sudu minyak masak,
  • Setengah cawan serbuk koko.

Cara-cara :

  1. Masak semua bahan di atas api slow sampai pekat.
  2. Jika sudah pekat, tutup api.
  3. Pastikan kek sejuk dulu baru letak topping.

8. Resepi Ayam Panggang

ayam panggang

Imej via Facebook

Teringin masak ayam panggang tapi tidak ada oven mahupun pemanggang ajaib? Tidak perlu risau jika anda punya periuk noxxa. Segalanya jadi mudah bahkan memanggang ayam sekalipun. Resepi daripada Dhila Fadhila di Facebook.

Bahan-bahan :

  • 2 ketul ayam paha sahaja,
  • 4 ulas bawang putih diblend,
  • 1 inchi halia diblend,
  • 3 sudu sos tiram,
  • 4 sudu madu,
  • Sedikit garam,
  • Sedikit serbuk cili,
  • Sedikit lada hitam yang sudah ditumbuk.

Cara-cara :

  1. Blend bawang dengan halia.
  2. Tumbuk lada hitam.
  3. Lumur semua bahan dengan ayam dan perap selama 3-4 jam atau lebih.
  4. Simpan dalam peti 1 malam bagi lama perap supaya sedap.
  5. Lepas perap kemudian masukkan ayam dan lebihan air perap tadi dalam inner pot noxxa.
  6. Set high pressure 8 minit. Samakan titik pressure di tudung.
  7. Jika sudah siap 8 minit, bukak tudung dan tukar mode stir fry selama 5 minit.
  8. Kacau-kacau ayam dalam noxxa.
  9. Siap.

9. Resepi Laksam Ala Noxxa

laksam

Imej via Facebook

Antara resepi terbaik yang pernah ada. Gabungan antara tepung beras dan tepung gandum menghasilkan laksam yang lembut (bukan lembik) dan tidak melekit apabila dipotong. Resepi daripada Zura Ibrahim di laman Facebook untuk hidangan 5 orang.

Bahan-bahan :

  • 250 g tepung beras dan ½ cawan tepung gandum,
  • 2 ¾ cawan air sejuk,
  • 2 ¾ cawan air panas.

Cara-cara :

  1. Masukkan semua ke dalam mangkuk.
  2. Masukan air sejuk dan kacau.
  3. Kemudian masukkan pula air panas. Kacau guna whisk sehingga tidak berketul.
  4. Panaskan periuk kukusan (kalau guna steamer Noxxa tidak perlu panaskan).
  5. Griskan minyak pada loyang dan masukkan ke dalam kukusan.
  6. Sendukkan bancuhan laksam ke dalam loyang dan pastikan lapisan tidak terlalu tebal atau nipis.
  7. Kukus sehingga masak/timbul gelembung-gelembung.
  8. Steamer Noxxa setkan selama 5 minit.
  9. Sejukkan dahulu sebelum digulung.

Bahan Kuah Laksam :

  • ½ kg ikan kembung atau sardin (selayang) – bersihkan buang kepala dan ekor.
  • 1 kotak santan 200 ml,
  • 500 ml air untuk kuah,
  • 1 cawan air – untuk merebus ikan,
  • 1 st garam – untuk rebus ikan,
  • ½ st garam – untuk kuah,
  • 2 sb gula,
  • 8 ulas bawang merah,
  • 1 ulas bawang putih,
  • 10 keping asam keping,
  • Sedikit lada hitam tumbuk.

Cara-cara :

  1. Susun asam keping dalam innerpot noxxa.
  2. Letak ikan dan taburkan garam.
  3. HP selama 60 minit.
  4. Ikan tidak perlu buang tulang. Lagipun akan lembut sampai tulang nanti.
  5. Blend bersama bawang-bawang.
  6. Masukkan semula ke dalam periuk dan keluarkan asam keping.
  7. Masukkan bahan-bahan lain dan stir fry sampai mendidih.

Bahan Ulam :

  • Bunga kantan,
  • Timun,
  • Kacang panjang,
  • Kobis,
  • Daun kesum,
  • Tauge.
  • Hiris semua ulam kecuali tauge.

Bahan Sambal :

  • 10 tangkai cili kering,
  • 1 sb gula,
  • 1 st garam,
  • Belacan.
  • Blend semuanya.

10. Resepi Dodol Periuk Noxxa

dodol noxxa

Imej via Facebook

Jarang orang mahu membuat dodol di rumah kerana penyediaannya yang leceh. Dodol yang dimasak dengan periuk biasa juga memerlukan tenaga untuk mengacaunya dan lama. Namun dengan periuk noxxa semuanya jadi mudah. Memasak dodol dengan periuk noxxa hanya memerlukan masa yang singkat. Jom tengok resepi perkongsian daripada Ida Karim di facebook di bawah ini.

Bahan-bahan :

  • 1 paket tepung pulut (500 g)
  • 3 ketul gula enau atau gula melaka
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1 cawan gula (boleh lebihkan kalau suka manis)
  • 2 kilo santan pekat
  • 2 mug air
  • 2 helai daun pandan

Cara Menyediakan :

  1. Cairkan gula dengan secawan air, biarkan sejuk.
  2. Campur tepung, santan, air kemudian kacau sampai sebati dan tidak berketul.
  3. Masukkan air gula (pastikan sejuk).
  4. Letak daun pandan.
  5. Masukkan dalam periuk noxxa.
  6. Kemudian masak steam 20 atau hp 10 min (saya guna hp).
  7. Pastu stir fry (tak perlu tutup periuk noxxa) dan kacau sampai pekat.
  8. Stir fry lebih kurang 1 jam. Ikut pekat mana yang kita nak.
  9. Test dengan sehelai daun pandan letak dipermukaan kalau tak melekat maknanya sudah masak lah dodol itu.

Nota :

  • Jangan guna santan kotak.
  • Anggaran masak lebih kurang 1 jam 30 min.

11. Resepi Bubur Jagung

bubur jagung

Imej via Facebook

Membuat bubur jagung tidak sukar. Resepinya iaitu dengan mecampurkan pulut ke dalam bubur jagung. Sedap sungguh rasanya, sangat pekat memikat lemak berkrim jika menggunakan cara ini. Style bubur jagung daripada Rozmaliza Omar di laman facebook ini mengungkapkan rahsia resepi bubur jagung yang lazat.

Bahan-bahan :

  • 4 tongkol jagung dihiris,
  • ½ cawan beras pulut dibasuh dan toskan,
  • 2 helai daun pandan,
  • 2½ cawan santan pekat,
  • Air secukupnya (ikut kepekatan),
  • 2 keping gula melaka (kalau rasa kurang manis bole tambah gula putih biasa).

Cara-cara :

  1. Dalam bekas lain, masukkan jagung yang telah dihiris, beras pulut dan air paras melebihi jagung.
  2. Tutup periuk noxxa, tombol hala ke “pressure” dan tekan mode “high pressure” selama 10 minit.
  3. Bila bunyi beep, putar tombol ke arah “steam” untuk lepaskan wap.
  4. Buka tudung noxxa. Jika jagung dan beras pulut sudah masak, masukkan santan, gula melaka, sedikit garam dan daun pandan yang telah disimpul.
  5. Kacau rata sekejap dan on mode “stir fry” dan kacau sehingga kesemua bahan sebati. Sekiranya kurang manis boleh tambah gula putih mengikut citarasa sendiri.
  6. Bila sudah nampak sebati dan pulut sudah pun kembang, boleh offkan “stir fry”.
  7. Siap untuk dihidangkan.

12. Resepi Bingka Ambon

Imej via Facebook

Bingka ambon selalunya dijadikan oleh-oleh dari suatu negeri. Dijual dengan harga yang tidak murah. Kelazatan bingka ambon mampu menarik hati orang ramai. Jika anda punya noxxa di rumah, mendapatkan bingka ambon bukanlah benda yang sukar. Dengan noxxa anda boleh membuat bingka ambon macam kedai jual. Sedikit resepi yang diubah suai oleh ‎Myra Nysa di laman Facebook ini boleh anda cubakan.

Bahan-bahan :

  • 250 gram santan pekat,
  • 3 helai daun limau purut,
  • 1 batang serai,
  • Sedikit serbuk kunyit,
  • Masak sehingga pekat dengan api perlahan.

Bahan B :

  • 2 sb gula (gula perang),
  • 2 sb tepung gandum,
  • 6 g yis,
  • 60 ml air suam,
  • Campur semua biar 15 minit.

Bahan C :

  • 4 biji telur kuning,
  • 1 biji telur,
  • 100 g gula perang,
  • 70 g tepung ubi,
  • Sedikit esen vanilla,
  • Sedikit garam.
    Campur semua pukul sekejap.

Cara-cara :

  1. Campur bahan C dan A. Adun sebati dan campurkan bahan B. Simpan 15 minit.
  2. Masukkan ke dalam inerpot noxxa.
  3. Tutup macam biasa.
  4. Tekan mode steamer 20 minit.
  5. Tunggu masak.

13. Resepi Pizza Noxxa

Imej via Facebook

Suasana petang-petang paling sedap kalau dapat duduk rilek depan TV dengan family sambil makan pizza. Masak pizza guna Noxxa tidak sampai 5 minit sudah siap. Di bawah ini kami sertakan resepi yang sangat fleksibel, terpulang pada kreativiti anda untuk hasilkan pizza yang sedap. Resepi pizza noxxa oleh Noor Aisyah II di laman Facebook. Pizza rangup berkerak di bawah, lembut di atas.

Bahan-bahan :

  • Hirisan daging,
  • Italian herbs,
  • Garam,
  • Sos tomato Prego,
  • Bes pizza segera.

Cara-cara :

  1. Masukkan hirisan daging, sedikit italian herbs dan secubit garam ke dalam periuk Noxxa.
  2. Set high pressure 5 minit.
  3. Sementara tunggu daging masak, sapukan sos tomato Prego ke atas bes pizza. Saya guna bes pizza base yang sudah siap, beli dekat pasaraya Giant jenama Italiano.
  4. Susun topping mengikut citarasa masing-masing.
  5. Kalau sudah siap letak topping dan daging yang sudah dimasak tadi, masukkan pizza ke dalam periuk Noxxa.
  6. Letak sedikit butter di permukaan periuk supaya rasa bes pizza lebih lazat.
  7. Set high pressure 3-4 minit. Sila nikmati pizza anda panas-panas.

Cadangan Topping :

  • Bawang holland (rasanya lebih manis),
  • Sosej dihiris,
  • Hirisan ayam,
  • Hirisan daging,
  • Lada benggala @ capsicum,
  • Mix veggie,
  • Nenas,
  • Cendawan apa sahaja.
  • Cheese. Lagi bagus guna shredded cheese berbanding yang kepingan sebab kita boleh tabur meliputi semua permukaan pizza. Pentingnya cheese ini ialah untuk lekatkan semua topping ke atas pizza, supaya tidak berguguran jatuh.

‎14. Resepi Puding Caramel

Imej via Facebook

Bernoxxa masak puding caramel dengan resepi daripada ‎Ezzah Azlinda di laman Facebook. Lembutnya puding disira gula hangua @ caramel yang lemak manis menjilat jari. Cara masaknya pula mudah sangat dan tidak memakan masa. Sila cubakan.

Bahan Puding :

  • 10 biji telur gred D,
  • 1 tin susu pekat,
  • 1 tin susu cair,
  • 3 sudu tepung kastard,
  • 1 sudu esen vanila,
  • Secubit garam.

Cara-cara :

  1. Pecahkan telur kacau dengan garpu.
  2. Campurkan kesemua bahan-bahan lain. Kacau sebati dan tapis.

Bahan Gula Hangus @ Caramel :

  • 3 sudu besar gula putih,
  • 3 sudu besar air.

Cara-cara :

  1. Masukan gula dalam loyang. Panaskan gula sampai cair dan keperangan. Masukkan air.
  2. Ratakan dalam loyang dengan dan biarkan sejuk.
  3. Kemudian masukkan adunan puding dalam loyang dan kukus.
  4. Dalam noxxa, masukan air dan susun pelapik agak tinggi supaya mudah angkat loyang nanti.
  5. Set steam selama 20 minit.

15. Resepi Nasi Impit Noxxa

Imej via Facebook

Siapa yang ada noxxa, boleh buat nasi impit sendiri di rumah. Tidak perlu guna nasi impit mini dalam plastik lagi. Senang dan pantas menggunakan noxxa. Sila cubakan resepi oleh Iza Khair di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 cup beras,
  • 3 cup air,
  • Sedikit minyak masak,
  • Garam.

Cara-cara :

  1. Beras ditambahkan air (nisbah beras kepada air 1:3) ditambah sedikit minyak masak dan sedikit garam.
  2. HP 30 minit. Off suis selepas bunyi beep.
  3. Selepas bunyi beep, biarkan sahaja selama 30 minit – 1 jam.
  4. Buka penutup dan tekan-tekan nasi lembi tadi dengan sudip atau spatula sehingga padat dan biarkan hingga sejuk sendiri.
  5. Untuk keluarkan, sisip bahagian tepi dengan spatula untuk melonggarkannya dari dinding periuk dan telungkupkan di atas dulang besar untuk dipotong.

16. Resepi Roti Loaf Coffee

Imej via Facebook

Dengan noxxa masak jadi mudah. Resepi noxxa berikut ini paling senang ialah roti loaf coffee. Untuk hidang roti loaf coffe untuk sarapan pagi, sebelum tidur campak-campak dulu bahan dalam bekas, masukkan dalam breadmaker noxxa set No.4. Biar saja satu malam dalam noxxa esok pagi langsung makan. Resepi dikongsikan oleh ‎Sue Anna‎ di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 200 ml air,
  • 1 biji telur,
  • 60 gm gula,
  • 60 gm majerin,
  • 10 gm kfine,
  • 1 sk garam,
  • 1 sk coffee emulco,
  • 400 gm tepung high protein,
  • 8 gm yis.

Cara-cara :

  1. Malam hari, masukkan semua bahan dalam bekas pengadun. Masukkan cecair dulu akhir sekali masukkan bahan kering.
  2. Tekan setting bread No. 4 biar dia adun dan masak esok pagi baru boleh makan.

17. ‎Resepi Bubur Kanji Utara

Imej via Facebook

Bubur kanji utara memang terkenal di Kedah. Bubur ini lain resepi nya tidak sama dengan bubur lambuk tapi macam bubur lambuk. Bubur kanji inilah yang akan diedarkan di masjid-masjid masa bulan Ramadhan sekitar kedah. Orang ramai sama-sama kacau bubur kanji dalam kawah. Resepi diberikan oleh ‎Farihan Azizan di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Beras 2 pot,
  • Carrot (didadu),
  • Bawang putih*,
  • Bawang merah*,
  • Halia*
  • Bahan yang bertanda * dihiris.
  • Serai (diketuk),
  • Lada hitam,
  • Halba,
  • Daging (didadu),
  • Udang,
  • Santan,
  • Air,
  • Garam.

Cara-cara :

  1. Tekan mode stir fry.
  2. Masukkan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia.
  3. Bila sudah wangi masukkan lobak merah, daging, dan udang.
  4. Masukkan lada hitam dan halba.
  5. Kemudian masukkan serai. Tumis seketika.
  6. Masukkan beras dan air secukupnya.
  7. Kacau sekata dan tutup tudung periuk.
  8. Tukar ke mode HP dan set masa 25 minit.
  9. Setelah 25 minit, buang wap. Bubur akan nampak macam ini.
  10. Kemudian masukkan santan, agak-agak ikut citarasa. Kalau terlalu pekat boleh tambah sedikit air.
  11. Perasakan dengan garam.
  12. Tukar ke mode stir fry. Didihkan seketika, dan OFF kan periuk. Siap.

‎18. Resepi Kuih Seri Muka

Imej via Facebook

Tidak perlu pening cari pengukus untuk buat kuih seri muka. Dengan noxxa menyediakan kuih seri muka jadi lebih senang. Bahkan yang tidak pandai masak kuih pun boleh jadi pandai. Resepi dikongsikan oleh ‎Hasrina Bakar di laman Facebook. Sedap dihidangkan sebagai kudapan minum teh sambil tengok TV layan drama korea.

Bahan-bahan Pulut :

  • 2 cawan beras pulut,
  • 1 cawan air,
  • 1 cawan santan pekat,
  • Secubit garam.

Cara-cara :

  1. Masukkan semua bahan dalam inner Pot Noxxa.
  2. Set Rice 5minit.
  3. Selesai 5 minit gaul-gaul dan tekan sampai padat.

Bahan Sekaya Hijau :

  • 5 helai daun pandan dicuci bersih dan dipotong-potong. Blender dan ambil air daun pandan sahaja.
  • 1 cawan tepung gandum,
  • 1 sudu besar tepung kastard,
  • 1 biji telur grade AA,
  • 1 cawan santan pekat,
  • 1 cawan air daun pandan dan 2 titik pewarna epal hijau,
  • ¾ cawan gula,
  • Secubit garam,
  • Semua bahan ini dimasukkan dalam blender dan kisar halus.
  • Apabila pulut sudah siap masak tekan-tekan pulut bagi padat.
  • Tuangkan adunan sekaya ke atas pulut.
  • Set steam 10 minit.

18. ‎Resepi Sira Labu

Imej via Facebook

Orang pantai timur suka sira labu. Sebelum makan simpan dulu sira labu dalam peti ais, makan sejuk-sejuk lagi sedap. Tidak perlu buang kulit labu supaya dia tidak hancur. Kulit labu nipis boleh dikopek bila dah masak. Resepi dikongsikan oleh Bunda Nadiah di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 biji labu,
  • 2 ketul gula melaka/gula nisa,
  • 3 sudu gula putih,
  • Daun pandan,
  • Air,
  • Ais kapur sirih.

Cara- cara :

  1. Labu yang sudah dibelah direndam dengan air kapur dalam 15 minit.
    (Kalau tidak suka rendam pun tidak apa).
  2. Selepas direndam tapis dan basuh bersih labu.
  3. Susun labu dalam periuk. Masukkan semua gula, secubit garam dan daun pandan.
  4. Masukkan air secukupnya. Jangan macam buat pengat.
  5. Masak dengan periuk noxxa selama 3 minit.
  6. Siap. Sejukkan dalam peti ais.

19. ‎Resepi Burnt Cheese Cake

Imej via Facebook

Walaupun tidak punya oven, tidak perlu risau. Kerana dengan menggunakan noxxa sahaja boleh buat banyak jenis makanan. Salah satunya cheese cake viral ini. Sangat senang masak burnt cheese cake ala noxxa. Resepi dikongsikan oleh Noorul Hidayah Nh di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 500 gm cream cheese,
  • 160 gula kastor atau gula halus,
  • 3 biji telur gred A,
  • Whipping cream 200 gm,
  • 1 sudu besar tepung kek/gandum,
  • 1 sudu teh esen vanila.

Cara-cara :

  1. Kacau cream cheese and gula kastor/gula halus sampai kembang.
  2. Masukkan telur satu-satu, blend lagi.
  3. Masukkan esen vanila dan whipping cream, blend lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung, blend sebati.
  5. Masukkan dalam bekas noxxa.
  6. Letakkan nob ke steam.
  7. Tekan fungsi steam selama 25 minit.
  8. Tekan ON.

20. ‎Resepi Maggie Homemade Noxxa Noodle Maker

Imej via Facebook

Jom buat mee maggie sendiri di rumah tanpa was was. Selamat sejahtera tanpa bahan kimia berbahaya menggunakan noxxa noodle maker. Resepi didatangkan daripada Mira Hana di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Tepung HP 250 gm,
  • Tepung suji 250 gm,
  • Air 170 ml,
  • Secubit garam,
  • Pewarna sedikit.

Cara-cara :

  1. Campurkan kesemua bahan.
  2. Masukkan ke dalam noxxa noode maker.
  3. Setelah siap, keringkan dulu jangan terus rebus.
  4. Bagi terbentuk cantik ikal mayang baru rebus.

21. ‎Resepi Kek Kukus Buah Noxxa

Imej via Facebook

Yang paling terbaik ialah anda tidak perlu tambah air. Malah air kukus tidak berkurangan. Itulah keajaiban periuk Noxxa. Jika pakai kukus biasa boleh habis 4 jam tetapi dengan noxxa hanya 2 jam sahaja. Konfirm akan menjadi walaupun baru pertama kali cuba. Resepi dikongsikan oleh Rinawati Husnan di laman Facebook.

Bahan A :

  • 350 gm gula pasir,
  • 1 cawan air panas,
  • 350 gm gula pasir,
  • 500 gm buah mix,
  • 1 sudu besar susu pekat manis,
  • 1 sudu besar Sunquick,
  • 1 sudu kecel esen vanilla.

Bahan B :

  • 350 gm tepung gandum*,
  • 1 sudu kecil cream of tartar*,
  • 1 ½ sudu kecil soda bikarbonat.
    (Ayak semua bahan)

Bahan C :

  • 3 biji telur saiz A.

Cara-cara :

  1. Masukkan gula dalam periuk dan masak sehingga kekuningan tapi jangan sampai terhangit.
  2. Masukkan air panas perlahan-lahan.
  3. Masukkan butter. Pastikan semua bahan hancur dan sebati..
  4. Masukkan buah mix.
  5. Masukkan susu pekat manis dan Sunquick.
  6. Biarkan adunan sejuk.
  7. Masukkan bahan B tadi.
  8. Akhir sekali masukkan telur.
  9. Gaul sehingga semua sebati (jangan gaul terlalu lama).
  10. Masukkan dalam bekas.
  11. Tutup permukaan dengan aluminium foil.

Cara Kukus Guna Periuk Noxxa :

  1. Masukkan tungku yang dibalut dengan aluminium foil kedalam periuk.
  2. Isi air sehingga paras atas tungku.
  3. Tutup tudung periuk.
  4. Panaskan air selama 5 minit. Tekan ‘steam’ ‘ON’.
  5. Selepas 5 minit tekan high preassure selama 90 minit. Lepas tamat tambah lagi 30 minit.

22. ‎Resepi Kek Marble Durian

Imej via Facebook

Ayuh buat kek marble durian ala periuk noxxa. Rasa jangan diragukan, memang sedap sangat. Anna Nordiana berkongsikan resepi kek marble durian di laman Facebook. Sila cubakan.

Bahan A :

  • 4 biji telur ayam,
  • 1 sudu besar ovalette,
  • 1 cawan minyak masak,
  • ½ cawan gula,
  • ¾ cawan susu pekat,
  • Sedikit esen vanila,
  • ½ cawan isi durian.

Bahan B :

  • 2 cawan tepung gandum,
  • 1 sudu besar baking powder,
  • Ayak kedua bahan diatas.

Cara-cara :

  1. Pukul bahan A sampai gebu.
  2. Kemudian masukkan bahan B sedikit-sedikit dan mix hingga sebati. Bila sudah sebati masukkan ke dalam inner pot yang disapu butter. Kalau ingin letak pewarna boleh bahagikan adunan tadi.
  3. Masukkan adunan dalam inner pot berselang seli.
  4. Set tombol atas ‘steam’. Tombol bawah set ‘steam’ juga.
  5. Setelah masa 20 minit periuk akan mengeluarkan bunyi ‘bip’, abaikan saja.
  6. Setelah masa habis jangan terus buka penutup.
  7. Tunggu selama 5 minit lagi, selepas itu boleh ‘OFF’ kan tombol.

23. ‎Resepi Coklat Lapis Cheese

Imej via Facebook

Resepi kek seterusnya yang boleh dibuat dengan noxxa ialah kek coklat lapis cheese. Kukus pakai periuk noxxa sahaja. Cara-cara yang mudah dan senang pun kejadian kek lembut sangat. Kalau ingin sedap pakai chocolate van hauten. Resepi dikongsikan oleh Hartini Omar‎ di Facebook.

Bahan A :

  • 1 ½ cawan tepung gandum,
  • 1 cawan serbuk koko,
  • 1 sdt soda bikarbonat,
  • 1 sdt baking powder.

Bahan B :

  • 4 biji telur,
  • 1 cawan susu pekat manis,
  • 1 cawan susu cair full cream,
  • 1 cawan minyak masak,
  • 1 cawan gula.

Bahan C :

  • 1 biji telur,
  • 250 g chese tantura,
  • 1 sb tepung gandum,
  • 3 sb susu cair,
  • Esen vanila,
  • 1/3 cawan gula.

Cara-cara :

  1. Campur sebati bahan B.
  2. Kemudian ayak dulu bahan A.
  3. Masukkan sedikit-sedikit bahan A dalam adunan B tadi. Kacau sebati.
  4. Bahagi 2 adunan.
  5. Kukus bagian pertama selama 20 minit.
  6. Sementara tunggu masak, kisar bahan C guna blender.
  7. Apabila bagian pertama sudah masak, masukkan bagian C yang dikisar tadi.
  8. Kukus selama 15minit.
  9. Akhir sekali masukkan baki lagi satu adunan. Kukus selama 20 minit.
  10. Uji guna garfu. Kalau tidak melekat maknanya kek sudah masak.

24. Resepi Kek Marble

Imej via Facebook

Ramai yang cari resepi kek marble dengan periuk noxxa. Sedap dan lazat cicah dengan air milo untuk minum petang. Sila cuba buat kek marble ala noxxa resepi daripada Jay Anne Zaihan di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 5 biji telur,
  • 1 cawan gula kastor,
  • 1 buku butter,
  • 1 sudu esen vanilla,
  • 2 cawan tepung self raising flour,
  • ½ cawan serbuk koko.

Cara-cara :

  1. Mixer telur, gula, butter, esen, naik serentak hingga sebati.
  2. Masukkan tepung dan sebatikan lagi.
  3. Kemudian bahagikan menjadi dua bekas, satu bekas adunan asal, satu bekas lagi campurkan serbuk koko. Selang selikan adunan mengikut corak yang kita suka.
  4. Kemudian alas inner noxxa dengan redai besi, tutup periuk dan tekan tombol pressure HP selama 60 minit.
  5. Apabila nampak permukaan kek perang atau cuba cucuk dengan lidi jika tidak melekat maknanya kek sudah masak. Jika belum masak boleh tambah HP sedikit lagi.

25. Resepi Kuih Dangai

Imej via Facebook

Resepi memikat hati mertua dengan kuih dangai. Kali ini kami bawakan anda resepi kuih dangai oleh ‎Intan Mazwin Awinie‎ di laman Facebook. Buat kuih dangai versi noxxa hanya dalam masa 19 minit siap. Rasa memang macam dangai.

Bahan-bahan :

  • 2 cawan kelapa parut,
  • 1 cawan tepung pulut,
  • Setengah cawan gula pasir,
  • 1 sudu kecil garam.

Cara-cara :

  1. Gaul semua bahan dan masukkan ke dalam inner pot yang sudah dioleskan dengan sedikit minyak masak.
  2. Tekan-tekan mampatkan adunan.
  3. Arahkan tombol steam.
  4. Tekan butang steam 15 minit.
  5. Kalau sudah siap lepaskan steam pressure. Buka dan biarkan seketika (dalam 1 minit).
  6. Balikkan kuih dangai dan steam lagi 4 minit. Selesai.
  7. Lepaskan steam pressure sebelum buka.

 

H & H ShOp © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor