Wednesday, July 12, 2017

HIDUP TIDAK SEMUDAH GARIS LURUS

Salah satu perkara yang ramai orang sering tersalah anggap adalah menyangka hidup ini adalah semudah garis lurus..OH Tidak !!!!! 






Kehidupan secara realitinya adalah tidak boleh dijangka dan tidak selalunya lancar.Orang bijak pandai pernah berkata...dalam meneruskan kehidupan kita perlu FOKUS dalam mencapai tujuan hidup. Kehidupan ini pernah dengan godaan... sama ada godaan mata... telinga... hidung... mulut dan fikiran. oleh itu kita mesti berani utk hadapinya... Ini sudah menjadi lumrah dalam kehidupan... Samalah seperti rasa manis .... Rasa Manis adalah sangat sedap... Tidak ada yang salah dengan rasa manis itu,,,,tetapi dengan rasa manis itu boleh menyebabkan seseorang menyidap penyakit diabetes. Betul Tak ??? Begitu juga dengan kehidupan kita...jika tersilap langkah maka musnahlah segalanya... Hidup ini ibarat anak kecil yg baru mengenal erti berjalan....memerlukan kekuatan... semangat... dan berani...walaupun jatuh seribu kali di tetap berusaha utk bangun dan berjalan..


Pernah x kita cuba utk membuat garis lurus dengan sempurna bila berjalan di atas pantai..Tidak semudah seperti yg disangkakan...Biasanya orang akan melangkah dengan perlahan2 dan berhati2, mata akan fokus pandang ke arah bawah melihat kakinya. Namun bila anda melakukan perkara seperti ini dengan mata melihat ke bawah..anda pasti akan gagal utk membuat garis lurus. Tahu ke mengapa ??? Ketika kita berjalan dgn mata yg tertuju pd kaki, maka kita tidak akan tahu ke mana arah akan pergi...Kita tidak memiliki perspektif, Sepatutnya adalah utk membuat garis lurus yg sempurna dari jejak kaki adalah dengan melupakan kaki kita... Sebagai gantinya, pandanglah ke depan.... Kemudian dengan mata fokus pada target kita...mulakan langkah... In sha Allah dgn garis yg kita buat pasti akan menjadi lurus setiap saat...


Jika berlaku sesuatu kekecewaan...atau kegagalan..Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan. Terimalah kenyataan bahawa setiap apa yang terjadi adalah ketentuan illahi... Memang bibir mudah melafaz kan "REDHA" - AKU REDHA. Dan selepas itu bangkit kembali utk meneruskan kehidupan ini.

Tetapi hakikat hati sendiri yang tahu, redha itu payah nak dapat. Sukar utk di lakukan.

Kadangkala perasaan yang tidak baik selalu mengganggu hati kita seperti putus asa..kecewa...kesedihan yang melampau...takut..dan tekanan perasaan.. Kita boleh anggap perasaan sebegini sebagai 'daya geseran" yang mengganggu momentum kita.

Bila perasaan sebegini muncul, cepat-cepatlah beristigfar agar perasaan sebegini berlalu dari hati kita.

  • LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)

  • HASBUNALLAAH WA NI'MAL WAKIIL (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
In sha allah semoga iman kita semua terpelihara untuk hadapi cabaran kehidupan



Mengapa Kita Susah Untuk "MOVE ON" Lupakan Kisah Silam???

Ya, move on. Teruskan hidup dan tinggalkan kisah lampau yang menghancurkan hati.

Bagi sesetengah orang tak pernah merasai betap sakit dan hancurnya setelah dikecewakan, mereka melihat perkara ini sebagai mudah dan kecil sahaja.

Tapi bagaiman pula mereka yang sedang merasainya?

Malangnya tidak.

Tidak semudah yang disangka. Sebab, kadang2... perkara yang nampak kecil inilah yang mengambil ruang paling besar dalam hati kita.

Terkurung dalam kesakitan dan kesilapan masa lalu yang enggan dilupakan.

Watak-watak dan babak2 yang pernah hadir dalam hidup, meninggalkan parut yang sepertinya tak akan hilang.

Siapa yang boleh menjgka disebalik sebuah senyuman terlindung segaris parut luka yang dalam, yang seakan tidak mahu sembuh untuk seumur hidup.

Hati kita binggung. Akal kita bercelaru

Adakah itu bermakna kita lemah?

Bukan..Memang lumrah hati manusia adalah lemah, sehingga kadang2 membuatkan kita terduduk seakan tidak mampu berdiri apabila jatuh.

Tetapi dengan berlalunya masa dan sedikit usaha, kita boleh membina kekuatan hati, lebih kuat dari sebelumnya.

Dengan syarat kita jangan mudah berputus asa dan bangun teruskan hidup terlebih dahulu.




SALAM PERKENALAN FOR chocuyu (KISU)

Susu kegemaran Ayda Jebat   Chocolate dah melekat2 di dinding mulut, Manis madu dah berpaut2 pada lidah, TekaK rasa sejuk-sejuk ais coklat m...